Apple + Bitcoin: Adakah Satu Gabungan Yang Menguntungkan?

209

Apa pendapat peminat Apple dan Bitcoin (BTC) jika kedua-dua ikon dunia itu bergabung?

Pengurus portfolio Toroso Investment, Dan Weiskopf dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman web ETF Think Tank memberitahu Apple patut membuat pelaburan terhadap Bitcoin.

Idea itu dikemukakan selepas CEO MicroStrategy, Michael Saylor dan bekas pengurus dana Goldman Sachs, Raoul Pal menjangkakan pelaburan Apple dalam Bitcoin akan membawa pulangan berskala besar dalam beberapa tahun lagi.

Saylor menerusi akaun Twitter telah retweet kenyataan Weiskopf dengan komen menyatakan firma-firma teknologi besar berpotensi untuk menerima keuntungan permodalan pasaran cecah $100 bilion jika gabungan produk Apple dan Bitcoin benar-benar berlaku.

Laporan pada 29 Oktober mendedahkan permodalan pasaran Apple berada di bawah $2 trilion, menjadikan firma itu paling bernilai di dunia dengan pemilikan tunai hampir $192 bilion.

Jika Apple membuat pelaburan di dalam Bitcoin di antara $10 bilion sehingga $20 bilion, firma itu akan menerima keuntungan yang jauh lebih tinggi untuk jangka masa panjang berbanding pembelian balik saham berisiko dan mahal.

Jelas Weiskopf lagi, Bitcoin mungkin dianggap kebal inflasi, satu spekulasi atau sebuah kelas aset alternatif. Namun tidak dapat dinafikan ia adalah satu inovasi teknologi yang unik untuk diakses Apple dan memberikan kepada pemegang sahamnya.

Malah, penyatuan kedua-dua teknologi itu dapat membantu Bitcoin untuk mengembangkan penerapan arus perdana untuk manfaat bagi kedua-duanya.

BTC memerlukan lonjakan 545% dengan anggaran kasar per BTC mencecah $100,000 untuk berada di paras yang sama dengan permodalan pasaran Apple semasa iaitu $2.03 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat