Apple Diunjurkan Jana Hasil Sebanyak $8 Bilion Menjelang 2025

154

‘Kalau tengok sasaran pelanggan tu dah macam merangkumi suku penduduk dunia.’

Syarikat teknologi gergasi dunia, Apple Inc meramalkan pemerolehan hasil sebanyak 36% pada $8.2 bilion menjelang 2025 melalui penawaran perkhidmatan langganan permainan dan musiknya.

Unjuran tersebut ditetapkan Apple sebagai langkah untuk memanfaatkan pangkalan penggunanya yang besar dalam memacu perkhidmatan langganan syarikat.

Catatan penganalisis JP Morgan, Samik Chatterjee menerangkan penawaran 2 perkhidmatan Apple tersebut dijangka mempunyai pangkalan pelanggan gabungan sebanyak 180 juta menjelang 2025.

Angka tersebut boleh dicapai melalui perkembangan pesat penggunaan internet dan sektor permainan, dengan perincian sebanyak 110 juta langganan bagi perkhidmatan musik serta 70 juta untuk industri permainan.

Sebagai makluman, perkhidmatan muzik Apple yang dilancarkan pada 2015 boleh membawa pulangan hasil sebanyak $7 bilion sementara perkhidmatan permainannya pula diukur bakal bernilai $1.2 bilion menjelang 2025.

Chatterjee juga mengunjurkan menjelang 2028 pula, perkhidmatan permainan boleh mencapai pulangan hasil sebanyak $360 bilion.

Dalam pada itu, perkhidmatan langganan pembuat iPhone tersebut merangkumi App Store, Apple TV+, Apple Arcade dan Apple Music yang mencatat pendapatan sebanyak $19.82 bilion pada suku Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat