Apple & Epic Games ‘Berentap’ Di Mahkamah Hari Ini

350

Perbicaraan tuntutan saman syarikat pengeluar permainan video, Epic Games ke atas Apple Inc bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Apple, Tim Cook akan hadir ke mahkamah untuk memberikan bukti dan testimoni buat kali pertama.

Perbicaraan itu juga merupakan antara peristiwa paling penting dalam sejarah Apple.

Pada Ogos tahun lalu, Epic Games ‘memasang perangkap’ terhadap Apple. Epic Games melaksanakan sistem pembayaran dalam aplikasinya sendiri dan mengelak membayar cukai Apple sebanyak 30%.

Langkah terbabit menyebabkan Apple bertindak membuang Epic Games daripada App Store.

Epic Games bagaimanapun melakukan tuntutan saman setebal 65 muka surat malahan mengeluarkan video yang meniru iklan ikonik Apple pada 1984 untuk Apple Mac.

Firma terbabit mendakwa caj yang dikenakan oleh Apple adalah tidak wajar dan bersifat anti-persaingan.

Epic Games turut percaya para pembangun seharusnya dapat mencipta aplikasi untuk telefon pintar tanpa perlu membayar sejumlah besar wang kepada Apple.

Apple dianggarkan telah menjana ratusan juta dolar daripada Fortnite sahaja.

Selain Epic Games, Spotify, Match dan Tile serta beberapa syarikat lagi turut menegaskan caj Apple adalah tidak adil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat