Apple Jadi Mangsa Tahun Baru, $1 Trilion Lesap!

412
  • Kejatuhan pertama bawah $2 trilion sejak Mac 2021
  • Terkesan akibat isu pengeluaran dan permintaan lemah
  • $996.5 bilion nilai pasaran terhapus

Setahun lalu pada tarikh 3 Januari 2022, nilai pasaran Apple Inc buat pertama kali mencecah angka $3 trilion yang menjadikan syarikat gergasi teknologi itu paling bernilai di dunia.

Namun, setahun selepas itu pada 3 Januari 2023, nilai permodalan pasaran syarikat itu buat pertama kali tergelincir di bawah $2 trilion sejak Mac 2021.

Gergasi telefon pintar itu bernilai $1.990 trilion pada akhir dagangan Selasa selepas menyaksikan penurunan dalam sahamnya sebanyak 3.74% kepada $130.20 sesaham.

Apple pertama kali mencapai penilaian $2 trilion pada Ogos 2020, apabila penutupan Covid-19 di seluruh dunia telah meningkatkan penjualan komputer dan telefon untuk kegunaan work from home dan persekolahan.

Namun pada 2022, syarikat pembuat iPhone itu bergelut dengan penghantaran iPhone Pro 14 akibat sekatan Covid-19 di kilang utamanya di China. 

Pelabur juga berhati-hati dengan kenaikan kadar faedah dan kemerosotan keyakinan pengguna yang boleh menjejaskan permintaan untuk produk berharga premium Apple.

Impaknya, faktor-faktor tersebut telah mendorong saham Apple jatuh sepanjang tahun 2022 sehingga menghapuskan $996.5 bilion daripada permodalan pasaran.

Dalam pada itu, Nikkei Asia melaporkan pada awal minggu bahawa Apple telah memberitahu beberapa pembekalnya untuk mengurangkan pembuatan komponen bagi AirPods, jam pintar Apple dan MacBook pada suku pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat