Apple Jatuh Di Kepala Newton Tapi Sahamnya Jatuh Ke Kaki Pelabur

193

‘Aduh bila syarikat gergasi jatuh memang tarik turun semua indeks.’

Saham bertemakan teknologi tampak sekali lagi menjadi faktor kemerosotan indeks-indeks Wall Street dengan Apple Inc mencatat prestasi terendahnya sejak Jun 2021.

Ketika sesi dagangan semalam saham Apple menyusut 1.4% pada $130.

Untuk 3 sesi berturut-turut saham syarikat pembuat iPhone itu berlegar-legar dalam wilayah negatif sungguhpun prestasi keseluruhan 2022-nya hanya mencatat penurun 27% berbanding purata kejatuhan indeks Nasdaq 100 pada 34%.

Faktor utama kepada prestasi semasa itu boleh dikaitkan dengan kebimbangan pelabur terhadap masalah bekalan, tatkala Apple melaporkan kilang utamanya di China akan menghentikan pengeluaran.

Terdahulu, JPMorgan melaporkan bahawa bekalan Apple berlaku ‘peningkatan secara perlahan-lahan mengiringi permintaan’ iaitu jauh berbeza daripada prestasi syarikat seperti tahun-tahun sebelum ini.

Rentetan itu juga syarikat tanpa segan silu merendahkan unjuran terhadap keputusan laporan pendapatannya pada suku Disember dengan penganalisis JPMorgan Samik Chatterjee menggariskan masalah penghantaran.

Dalam pada itu, saham teknologi tampak terus menjadi penyumbang utama kejatuhan pasaran saham dengan prestasi bulan Disember adalah yang paling buruk sejak zaman dotcom.

Tentunya, pendirian Federal Reserve (Fed) yang hawkish dan lonjakan kos sara hidup memberi tekanan kepada saham bertemakan teknologi tatkala masalah global berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat