Apple Kembali Jadi ‘Raja Saham’ Merentasi Indeks-Indeks Wall Street

170

‘Era bullish saham mungkin diterajui oleh King Apple barangkali.’

Di sebalik latar belakang pasaran yang masih bearish, Apple Inc kembali menerajui ekuiti Wall Street dengan laporan pendapatan suku tahunan yang cemerlang.

Umumnya, syarikat pembuat iPhone tersebut tidak lali dengan situasi semasa pasaran yang dibayangi tekanan inflasi dan faktor kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Namun, sejak kejatuhan yang dialami pada pertengahan Jun lalu Apple dilihat kembali melonjak 27% dan secara tidak langsung menandakan ia berjaya mendahului indeks S&P 500 serta indeks Nasdaq 100.

Apple hanya turun sedikit 7.4% pada 2022 jika dibandingkan dengan penurunan sebanyak 20% yang dialami Nasdaq 100, seterusnya mengembalikan takhta sebagai syarikat paling berharga dunia.

Pencapaian tersebut dicapai berdasarkan laporan pendapatan suku tahunan Apple yang cemerlang daripada jangkaan dan mengukuhkan unjuran keuntungan berterusan yang ditetapkan Wall Street.

Atas faktor tersebut pelabur runcit dilihat berpusu-pusu kembali membeli saham, mencetus rali di sudut spekulatif pasaran.

Ulas Lucas Mantle dari Vanda Research, pelabur individu dilihat membeli saham Apple sejak beberapa bulan ini dengan ada yang cuba membeli ketika situasi penurunan dan juga semasa pemulihan.

Tambahnya, Apple juga dilihat mendahului kedudukan saham yang paling banyak dibeli sepanjang bulan lepas.

Selain itu, pelabur institusi rendah (mom-and-pop) dijangka akan terus tertarik dengan aliran tunai besar Apple yang boleh membawa pulangan lebih $80 bilion kepada pemegang saham dalam bentuk dividen serta pembelian balik.

Suka diingatkan Apple masih lagi syarikat terkaya dengan nilai pasaran $2.6 trilion, mengatasi firma minyak Saudi Aramco pada Julai lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat