Apple Khuatir Mengenai Aplikasi ‘Sideloading’ Yang Diluluskan Kerajaan AS

459

‘Ada kemungkinan Apple goyang takut Apple Store dia makin tak laku?’

Apple Inc telah mendesak penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) dalam satu kiriman surat mengenai kebimbanganya tentang bahaya ‘sideloading‘ terhadap telefon pintar.

Sebagai pengetahuan, sideloading adalah amalan memuat turun aplikasi tanpa menggunakan app store rasmi pemaju.

Ia adalah pembaharuan yang diharapkan oleh penggubal undang-undang akan membuka pasaran bagi aplikasi.

Sebelum ini, Kongres AS telah mempertimbangkan rang undang-undang yang bertujuan untuk mengekang app store yang dikendalikan oleh Apple dan Alphabet milik Google sehingga memerlukan syarikat-syarikat berkenaan membenarkan sideloading.

Ekoran daripada itu, Apple telah berhujah bahawa amalan tersebut akan menjadi risiko keselamatan kerana buat masa ini mereka telah mengekalkan kawalan ketat terhadap aplikasi di app storenya dalam memastikan keselamatan pengguna.

Berbalik kepada isu asal, dalam surat kiriman tersebut, pihak Apple menyatakan bahawa mereka sedar mengenai kritikan yang dibuat oleh pakar keselamatan komputer, Bruce Schneier namun menyifatkan kebimbangan itu sebagai ‘tidak berasas’.

Apple berhujah lagi bahawa kebanyakan perisian hasad (malware) tidak bergantung pada helah teknikal bagi mendapatkan akses kepada peranti, namun sebaliknya ia menipu pengguna untuk memuat turun.

Selain itu, Apple turut mengakui bahawa apa yang Schneier katakan mengenai serangan tajaan kerajaan boleh melalui kawalan keselamatan telefon pintar, namun serangan sedemikian adalah ‘ancaman yang jarang berlaku’.

Tambahnya dalam surat itu lagi, app store pihak ke-3 adalah vektor malware utama pada platfrom yang menyokong amalan sedemikian.

Dalam pada itu, surat tersebut telah dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Senat, Dick Durbin; Republikan tertinggi, Chuck Grassley; serta Amy Klobuchar, pengerusi jawatankuasa kecil antitrust; dan bersama-sama dengan pegawai Republikan, Mike Lee.

Sebagai rekod, jawatankuasa undang-undang telah mengundi untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan pada awal Februari lalu.

Ia adalah sebagai langkah untuk menghalang syarikat-syarikat daripada mengkehendaki penyedia aplikasi menggunakan sistem pembayaran mereka dan akan melarang mereka daripada menghukum aplikasi yang menawarkan harga atau syarat berbeza melalui kedai aplikasi atau sistem pembayaran lain.

Syarikat teknologi terbesar seperti Facebook Meta Platforms Inc dan Amazon.com berada di bawah tekanan Kongres atas dakwaan mereka menyalahgunakan kuasa pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat