Apple Kripto Scam Raih Ribuan Tontonan Pada Acara Pendedahan iPhone 14

162

Penipuan mata wang kripto malangnya tidak berkesudahan sejak hari ini, scammer masih berpusu-pusu menawarkan ganjaran lumayan kepada pelabur, namun ia cumalah penipuan semata-mata yang mengambil kesempatan ke atas sesetengah sifat pelabur itu sendiri yang tamak dalam menggandakan asetnya.

Kejadian sama berulang sekali lagi apabila gergasi teknologi berusia hampir 50 tahun, Apple Inc mengadakan acara langsung dalam mengumumkan pelancaran generasi baharu barisan produk iPhone (14), AirPods dan Apple Watches oleh Tim Cook serta rakannya.

Acara ini menyebabkan scammer bersiap sedia membentuk semula temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Apple demi mempromosikan laman web kripto palsu kerana menjangkakan ramai individu akan hadir menonton video Apple di YouTube.

Oleh demikian, Verge menyatakan bahawa puluhan ribu orang telah menonton video tersebut yang memaparkan banyak tanda palsu serta tajuk pelik seperti Apple Event Live Ceo of Apple Tim Cook: Apple & Metaverse 2022.

Walakin begitu, Apple terselamat daripada penipuan kripto yang ekstrem pernah dilihat sebelum ini kerana scammer tersebut telah menambahkan logo Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pada strim.

Akibatnya, penonton akan ke URL yang meragukan dan ia tiada kaitan dengan Apple, dan pihak YouTube telah bertindak cepat dengan mengalih keluar video itu secepat mungkin selepas beberapa tempoh kemudian.

Namun, insiden seperti ini bukanlah yang pertama kali menimpa Apple, sebelum ini scammer turut menggunakan tapak web Apple yang palsu dengan menjanjikan BTC percuma untuk menipu peminat semasa acara pendedahan produk iPhone 13 yang lalu.

Sebagai rekod, pelbagai jenis penipuan kripto telah berlaku sejak sekian lama termasuklah pelaku biasanya menggunakan jenama atau individu terkenal bagi menipu mangsa menghantar mata wang kripto ke walletnya sambil berjanji untuk menggandakan ganjarannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat