Apple Lancarkan ‘Tap To Pay’, Boleh Guna Untuk Beli Kripto!

510

Apple dikatakan akan memperkenalkan ciri terbaharu, ‘Tap to Pay’ dalam aplikasi Apple Pay bagi memudahkan lagi transaksi di antara pengguna dan perniagaan.

Pengumuman ini dikongsi sendiri oleh CEO Apple, Tim Cook pada malam tadi.

Difahamkan kehadiran fungsi ini akan memudahkan perniagaan bagi kesemua premis yang memiliki iPhone untuk menerima pembayaran tanpa sentuh hanya menggunakan teknologi komunikasi medan dekat (Near-Field Communication, NFC) pada setiap peranti mudah alih.

Apa kaitannya dengan kripto?

Apple mungkin tidak menekankan sebarang pembayaran dalam kripto tetapi Tap to Pay berfungsi juga dengan kad kredit dan debit tanpa sentuh daripada rangkaian pembayaran utama: American Express, Discover, Mastercard, dan Visa.

“Apple Pay, contactless credit and debit cards, and other digital wallets through a simple tap to their iPhone.” – sisipan daripada blog rasmi Apple, Newsroom.

Ini bermakna Coinbase Card dan Crypto.com Visa juga boleh diakses menggunakan ciri terbaharu Apple Pay.

Sebagai rekod bursa kripto, Coinbase yang telah berintegrasi dengan Apple Pay dan Google Pay untuk memudahkan pengguna untuk membeli aset kripto di platformnya pada 1 Jun 2021.

Bagaimanapun ciri ini tersedia hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat