Apple Sampaikan Khabar Duka Buat Penggemar iPhone 14

634

Apple mengeluarkan amaran bahawa penghantaran model iPhone terbarunya akan terjejas buat sementara waktu berikutan sekatan Covid-19 di China.

Menyebut bahawa ia melihat permintaan kukuh untuk model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, gergasi teknologi itu terpaksa menyampaikan khabar duka ini.

Jika masih ingat, pihak INTRADAY ada melaporkan bahawa kilang pembekal terbesar Apple, Foxconn kini berada dalam pelaksanaan sekatan sehingga mendorong beberapa pekerjanya melarikan diri.

Rentetan daripada itu dalam perkembangan terbaru, kemudahan tersebut yang terletak di bandar Zhengzhou sedang beroperasi pada kapasiti yang berkurangan dengan ketara.

Penutupan ini memberi tekanan yang besar buat Foxconn dan Apple, menunjukkan impak bagaimana dasar sifar Covid-19 turut menjejaskan perniagaan antarabangsa.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, syarikat terkemuka China dan global telah mengalami gangguan besar terhadap operasi mereka apabila pihak berkuasa memperketatkan langkah kawalan.

Situasi ini mungkin berlarutan untuk tempoh lebih lama, memandangkan Beijing menegaskan komitmennya untuk meneruskan polisi sifar Covid semasa sidang media pada hari Sabtu.

Walaupun Apple menjadi mangsa sekatan Covid China, ia tanpa dijangka lebih berdaya tahan dalam mengharungi kelembapan ekonomi global daripada syarikat gergasi teknologi lain.

Bulan lalu, syarikat itu mengatasi jangkaan jualan dan pendapatan bagi suku ketiga yang berakhir pada September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat