Apple Store & Google Store Jadi Platform Pilihan Pelancaran Game Shiba Eternity

390

‘Cool gila, pendekatan yang baik untuk tarik lebih ramai pengguna aset kripto anjing ini.’

Sebuah mobile game (permainan mudah alih) berdasarkan teknologi non-fungible tokens (NFT) sedang diusahakan pembangun aset kripto Shiba Inu (SHIB) dengan kerjasama pemaju permainan, Playside Studios.

Difahamkan bahawa permainan tersebut sedang dalam proses pembinaan dengan Apple App Store dan Google Play Store menjadi platform pilihan untuk kemudahan memuat turun oleh pengguna.

Menurut sumber Twitter, permainan NFT terbaharu tersebut telah diberi nama rasmi iaitu Shiba Eternity dalam usaha pengembangan SHIB dalam dunia metaverse.

Selain itu, ciapan tersebut menyatakan juga bahawa terdapat 2 mod permainan dalam Shiba Eternity iaitu free-to-play (F2P) dan versi yang mengintegrasikan NFT, play-to-earn (E2P).

Dalam pada itu, Twitter rasmi SHIB dilihat mengacah dan memaklumkan bahawa tarikh pelancaran rasmi masih dalam rundingan.

Pada sisi berbeza, pembangun utama ekosistem SHIB yang dikenali sebagai Shytoshi Kusama menyifatkan perminan tersebut sebagai langkah penting dalam merealisasikan ekosistem Shibarium*.

*Ia adalah platform blockchain yang membenarkan pengguna dan pembangun mencipta kegunaan baru bagi infrastruktur blockchain sedia ada.

Sebagai contoh, Ethereum yang mempunyai mata wang kripto native sendiri iaitu Ether (ETH).

Ulasnya lagi bahawa Shibarium akan menawarkan Shiba Army potensi sebenar kepada SHIB.

Ketika penulisan ini, nilai SHIB dilihat masih jatuh 4.12% dalam tempoh 24 jam lepas dengan nilai semasa pada $0.00001169 dengan permodalan pasaran sebanyak $6,423,742,989.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat