Apple Terus Mencipta Rekod! Catat Prestasi Terbaik Sejak Julai 2020

233

Apple terus menerus catat rekod walaupun 2022 baru masuk sebulan saja.

Apple Inc menyaksikan sahamnya melonjak 7% pada Jumaat (28 Januari), ia merupakan catatan peratusan terbesar hariannya dalam tempoh setahun setengah.

Ini sekali gus membantu syarikat yang berpengkalan di California itu untuk mengurangkan kerugian yang dialaminya dalam beberapa minggu kebelakangan ini semasa penjualan besar dalam saham pertumbuhan dan teknologi.

Apple, yang menjadi syarikat terbesar dunia mengikut nilai pasaran tersebut, telah meraih jualan hampir $124 bilion dan keuntungan sebanyak $34 bilion sekali gus menunjukkan keupayaannya dalam menyelesaikan masalah bekalan global semasa suku akhir 2021.

Menurut penganalisis Third Bridge, Scott Kessler, Apple sangat mahir dalam mengendalikan rantaian bekalannya dan ramai yang tertanya bagaimana ia akan mengekalkan kedudukannya pada tahun ini.

Dalam pada itu, Apple yang pernah memberi hint mengenai cita-citanya dalam merealisasikan metaverse turut membantu lonjakan tersebut.

Menurut Refinitiv, sekurang-kurangnya 11 pembrokeran telah menaikkan sasaran harga bagi saham Apple, membawa sasaran harga median naik pada $188.5.

Bagaimanapun, keputusan Federal Reserve (Fed) yang akan melaksanakan kenaikan kadar telah memberi tekanan kepada saham Apple termasuk gergasi teknologi lain seperti Alphabet Inc milik Google dan Microsoft Corp.

Dalam satu berita berasingan, Bloomberg melaporkan bahawa Apple sedang merancang satu perkhidmatan baru yang akan membenarkan perniagaan kecil-kecilan menerima pembayaran kad terus dari peranti iPhone tanpa memerlukan perkakasan tambahan.

Ia sekaligus mencetus spekulasi bahawa syarikat tersebut mungkin akan membuka jalan bagi perantinya membuat pembayaran kripto pada masa depan.

Akhir kata dari saya dan Team Intraday.my, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat