Arab Saudi, Iraq Kurangkan Penjualan Minyak Mentah Kepada Asia

364

Rentetan daripada pengumuman oleh Arab Saudi yang mengatakan akan menambah pemotongan pengeluaran, negara pengeksport terbesar dunia itu dilaporkan turut mengurangkan penjualan minyak mentah kepada pembeli Asia.

Saudi Aramco dilaporkan telah mengurangkan jumlah kontrak untuk bulan Jun kepada sekurang-kurangnya tujuh pelanggan dari Asia, menurut peniaga yang diberitahu oleh syarikat tersebut.

Terdahulu, Iraq, yang juga anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), turut mengambil pendekatan yang sama dengan mengurangkan penghantaran bekalan ke Asia.

Pengurangan ini dikatakan sebagai langkah susulan daripada pengumuman Arab Saudi baru-baru ini yang menyatakan akan memperdalamkan pemotongan pengeluaran dengan tambahan sebanyak 1 juta tong sehari bermula Jun.

Selain itu, pengurangan ini juga adalah sebagai bukti bahawa OPEC telah mematuhi sepenuhnya perjanjian yang dicapai bersama sekutunya, OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha mengimbangi kejatuhan permintaan yang disebabkan oleh pandemik coronavirus.

Pada bulan lalu, OPEC+ telah bersetuju untuk memperdalamkan pemotongan pengeluaran mereka kepada 9.7 juta tong sehari pada bulan Mei dan Jun.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan meningkat 1.3% kepada $25.60 setong, sementara minyak mentah Brent pula menokok 0.6% kepada $29.37 setong pada sesi Asia hari ini.

Di Eropah, permintaan terhadap petrol dan diesel secara perlahan-lahan telah mula menunjukkan pemulihan berikutan pelonggaran sekatan yang dilaksanakan di beberapa negara.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya gelombang kedua telah membataskan pergerakan harga berikutan pertambahan jumlah kes di Korea Selatan dan China setelah melonggarkan sekatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat