Arab Saudi, Kuwait Beri Isyarat Jelas Untuk Menyertai Perjanjian Pembekuan Bekalan Minyak Untuk 6 Bulan Lagi!

52

Pengeluar terkemuka minyak Arab Saudi dan Kuwait memberi isyarat jelas bahawa OPEC dan beberapa pengeluar utama non-OPEC merancang untuk melanjutkan perjanjian pembekuan bekalan sehingga separuh kedua tahun ini bagi mengekang isu lebihan minyak mentah.

Menteri Tenaga Arab Suadi, Khalid al-Falih memberitahu bahawa terdapat sokongan yang kuat dalam kalangan pengeluar minyak untuk melanjutkan perjanjian tersebut bagi tempoh enam bulan lagi. Namun begitu, sebarang persetujuan masih belum dibuat.

Ditanya mengenai penglibatan Russia, Khalid memaklumkan bahawa sebarang kata sepakat masih belum dicapai. Walau bagaimanapun kebanyakan negara telah menunjukkan isyarat positif terhadap lanjutan perjanjian ini.

Menteri minyak Kuwait, Essam al-Marzouq juga mengutarakan pendapat yang sama dengan beliau.

Menurut Marzouq lagi, pematuhan perjanjian dalam kalangan ahli non-OPEC juga menunjukkan peningkatan yang ketara sekali gus menunjukkan kepentingan supaya perjanjian itu dilanjutkan.

OPEC juga tanpa ragu-ragu akan meneruskan perjanjian tersebut sekiranya wujud kata sepakat diantara ahli OPEC dan non-OPEc disamping menarik lebih banyak ahli non-OPEC menyertai perjanjian tersebut.

Marzouq juga secara tidak jelas menyebut salah sebuah negara Afrika juga telah menunjukkan minat untuk menyertai perjanjian terbabit.

OPEC dijadual akan mengadakan pertemuan pada 25 Mei ini bagi membincangkan isu ini bagi menyekat kira-kira 1.8 juta tong minyak mentah sehari iaitu hampir dua pertiga pengeluaran keseluruhan OPEC.

Britain Bukan Sahaja Akan Kehilangan EU, Malahan “Lebih Dari Itu” Angkara Brexit! : Diplomat EU

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat