Arab Saudi Nak Bantu Rusia Naikkan Harga Minyak? Beranglah Amerika Macam Ni!

291

Arab Saudi dilaporkan sedang cuba untuk meningkatkan harga minyak pada mesyuarat penting di Vienna dalam satu langkah yang boleh membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat dan membantu Rusia.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia atau lebih dikenali sebagai OPEC+ bersedia untuk mengumumkan tetapan pengeluaran pada mesyuarat yang akan berlangsung hari ini.

Menurut sumber, Arab Saudi dan Rusia telah mendesak pemotongan bersaiz besar iaitu sebanyak 1 hingga 2 juta tong sehari atau lebih walaupun ini boleh dilakukan secara berperingkat dalam beberapa bulan.

Penganalisis melihat keputusan ini boleh mencetuskan amarah dan tindak balas daripada Amerika.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak yang bakal menghadiri mesyuarat tersebut dijangka akan memberi sokongan untuk pemotongan pengeluaran yang besar.

Harga minyak mentah terus melanjutkan peningkatan susulan jangkaan ini, menyaksikan niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan pada $86 setong setelah menokok 3.7% pada Selasa.

Sementara dagangan minyak Brent pula melonjak 3.5% untuk didagangkan lebih tinggi pada $91 setong pada sesi Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat