Arab Saudi: Operasi Rasuah Pada Sabtu Hanyalah ‘Fasa Pertama’

76

Golongan kaya, billionaire dan jutawan di Arab Saudi sedang berusaha memindahkan aset mereka daripada negara itu dan beberapa wilayah timur tengah yang lain. Tindakan daripada beberapa individu kaya ini adalah berikutan siasatan rasuah yang dijalankan oleh Jawatankuasa Anti-Rasuah yang baru ditubuhkan.

Selepas sahaja penangkapan yang dibuat pada Sabtu, Arab Saudi menubuhkan Jawatankuasa Anti-Rasuah yang dipengerusikan sendiri oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan laporan oleh Bloomberg mengatakan golongan kaya sedang dalam rundingan bersama bank, pengurus aset dan penasihat untuk memindahkan aset mereka keluar daripada Arab Saudi dan beberapa negara jiran. Kebimbangan terhadap pembekuan aset dan harta menyebabkan mereka terdesak untuk menyelamatkan harta sebelum berdepan dengan tuduhan rasuah.

Pihak keselamatan Saudi telah menangkap 10 putera dan juga beberapa orang menteri, bekas pegawai kerajaan dan ahli perniagaan untuk membantu siasatan kes rasuah. Bank pusat Arab Saudi juga telah mengarahkan bank-bank domestik untuk membekukan akaun individu yang ditahan.

Peguam negara Arab Saudi berkata pada Isnin bahawa penahanan ini hanyalah operasi ‘fasa pertama’ dalam usaha pembenterasan rasuah.

Arab Saudi pada Sabtu menahan lebih daripada 10 orang putera, empat menteri dan beberapa orang bekas menteri. Penahanan ini termasuklah billionaire dan pelabur terkenal Putera Alwaleed bin Talal antara orang yang terkaya di dunia.

Susulan daripada tindakan pembekuan aset di Arab Saudi, bank pusat Emiriah Arab Bersatu juga mengarahkan bank-bank untuk memberikan maklumat akaun individu tahanan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat