Arab Saudi Pula Jadi Punca Kejatuhan Harga Minyak Lebih Rendah

17,667

Harga minyak terus menyusut lebih rendah selepas Arab Saudi dikhabarkan bersedia untuk meningkatkan pengeluaran minyak sekiranya pengeluaran Rusia merosot dengan ketara akibat sekatan Barat.

Memetik kepada laporan Financial Times, perbincangan untuk peningkatan segera dalam pengeluaran dari Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah diadakan dan mungkin diumumkan pada mesyuarat OPEC+ yang akan berlangsung hari ini.

Penanda aras niaga hadapan WTI Amerika Syarikat junam sekitar 3% pada pembukaan sesi Asia susulan laporan tersebut, membawanya didagangkan pada $113 setong pada waktu penulisan ini ditulis.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula terperosok pada $114 setong selepas kerugian sekitar 2.4% pada awal sesi dagangan.

Walau bagaimanapun, pertemuan OPEC pada hari ini dijangka akan menyaksikan pengeluaran tambahan masih akan dikekalkan sebanyak 430,000 tong sehari pada bulan Julai.

Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan bahawa beberapa anggota OPEC sedang mempertimbangkan untuk menggantung Rusia daripada perjanjian itu bagi membilehkan pengeluar lain mengepam lebih banyak minyak mentah.

Namun, menurut sumber OPEC, mesyuarat teknikal pada hari Rabu tidak membincangkan rancangan untuk menggantung Rusia daripada perjanjian itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat