Arab Saudi Sukarela Potong Pengeluaran, Apa Jadi Pada Harga Minyak?

202

Harga minyak kembali mencatat penyusutan pada hari Selasa apabila kebimbangan terbaru terhadap ekonomi global mengimbangi impak pemotongan pengeluaran daripada Arab Saudi.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut pada $75 setong, manakala dagangan minyak WTI Amerika Syarikat merosot pada sekitar harga $70 setong.

Terdahulu, kedua-dua dagangan minyak mencatat keuntungan dengan melonjak tinggi selepas Arab Saudi mengumumkan ia secara sukarela mengurangkan pengeluarannya ketika mesyuarat OPEC.

Dengan pengurangan sebanyak 1 juta tong sehari, pengeluaran oleh pengeluar terbesar minyak dunia itu akan turun kepada 9 juta tong sehari pada bulan Julai.

Bagaimanapun, keuntungan yang dicatatkan harga minyak kembali berkurangan susulan kebimbangan pelabur terhadap prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Data pada hari Isnin menunjukkan bahawa aktiviti sektor perkhidmatan AS hampir tidak berkembang pada bulan Mei, selepas pertumbuhan kukuh yang dilihat sejak beberapa bulan lalu.

Pasaran kini menantikan penerbitan data inflasi AS dan mesyuarat polisi FOMC yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat