Arab Saudi, UAE Tegas Enggan Naikkan Pengeluaran Minyak

279

Minyak mentah memadamkan kerugian pada awal minggu ketika pelabur masih menantikan langkah yang akan diambil oleh Amerika Syarikat untuk mengekang peningkatan harga minyak.

Pengeluar utama minyak utama dunia, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada hari Selasa, sekali lagi memberi isyarat bahawa OPEC tidak akan akur dengan gesaan AS untuk meningkatkan pengeluarannya.

Ini secara tidak langsung memberi indikasi bahawa bekalan bahan bakar global akan terus terhad di tengah permintaan yang semakin meningkat. Komoditi hitam mendapat sokongan untuk menghapuskan kerugian yang dicatatkan pada hari Isnin untuk kembali meningkat.

Walaupun begitu, kenaikan yang dipamerkan dilihat hanya sederhana memandangkan ia masih ditekan oleh ketidakpastian mengenai kes Covid-19 yang kembali meningkat di beberapa negara.

Selain itu, spekulasi bahawa pentadbiran Joe Biden akan menurunkan harga minyak dengan membebaskan bekalan dalam rizabnya juga membataskan pergerakan emas hitam itu.

Dagangan minyak mentah Brent mencatat kenaikan sederhana pada sekitar harga $82.70 setong ketika pasaran mula memasuki sesi Eropah. Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula sedikit menokok pada $80.30 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat