Arm Holdings Milik Nvidia Pada Harga $40 Bilion

299

Nvidia akhirnya telah memiliki Arm Holdings, hasil pembelian daripada Softbank Group Corp. (SBG) pada harga yang ditetapkan $40 bilion.

Nvidia merupakan syarikat penghasilan cip grafik yang ditubuhkan pada 1993, menfokuskan kepada industri permainan digital dan pasaran profesional.

Manakala, Arm Holdings (1990), juga firma penghasilan cip untuk penggunaan telefon pintar Android dan iPhone.

Pembelian itu menamatkan pemilikan Softbank ke atas Arm Holdings selama empat tahun, sekaligus menjadikan firma itu sebagai pemegang saham terbesar Nvidia.

Dilaporkan Nvidia akan membayar saham berjumlah $21.5 bilion dan $12 bilion secara tunai. Manakala, $2 bilion akan dibayar ketika perjanjian tersebut ditandatangani.

Lokasi ibu pejabat Arm tetap dikekalkan di United Kingdom (UK) dan beroperasi sebagai sebahagian daripada Nvidia dengan usaha memperluaskan lagi kemudahan penyelidikan AI bertaraf dunia, dengan sokongan pembangunan kesihatan, robotik, dan bidang-bidang lain.

Peralihan kuasa ini juga menuntut Nvidia untuk berhadapan dengan satu proses yang panjang dalam mendapatkan persetujuan daripada penggubal undang-undang dari empat negara serentak iaitu UK, China, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Nvidia menjelaskan proses tersebut memakan masa sekurang-kurangnya 18 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat