Artikel Ini Untuk Anda Yang Boleh Pengsan Jika Tak Dapat Update Tentang Emas

42

Harga emas meningkat lebih tinggi pada Isnin dengan kajian semula kadar yang akan dijalankan oleh Fed pada minggu ini.

Emas di Comex meningkat sebanyak 0.14% kepada $1,278.55 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures meningkat dan copper futures didagang menurun.

Minggu ini, Fed akan mengumumkan laporan NFP untuk bulan Oktober disamping beberapa mesyuarat tumpuan dari bank pusat utama dari UK, Jepun dan Australia.

Minggu lepas, harga emas meningkat mendadak selepas FBI dikatakan sedang menyiasat emel peribadi Hillary Clinton.

Laporan itu mencetuskan ketidaktentuan pasaran menjelang pilihanraya presiden AS yang akan diadakan pada November ini kerana Clinton disebut-sebut sebagai calon yang bakal memenangi pilhanraya tersebut.

US Dollar juga dilaporkan jatuh sedikit berikutan penyebaran laporan itu.

Sementara itu, pada Jumaat lepas, data keluaran dalam negara kasar meningkat sebanyak 1.4% pada suku kedua. Data perbelanjaan pengguna pula dicatat merosot sebanyak 2.1% daripada suku sebelum ini.

Pun begitu, ekonomi AS dikatakan sudah berada pada paras yang cukup kuat untuk menerima kenaikan kadar yang lebih tinggi.

Iran Tambah Derita Pasaran Minyak Mentah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat