AS Tangkap Dua ‘Hacker’ Malaysia Godam 100 Syarikat

1,645

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenakan dakwaan terhadap dua rakyat Malaysia dan lima warga China atas kesalahan melakukan jenayah penggodaman terhadap lebih 100 syarikat.

Menurut DoJ dalam satu kenyataan dikeluarkan, dua rakyat Malaysia dan dua daripada lima warganegara China itu menjadikan firma permainan video di AS, Perancis, Jepun, Singapura dan Korea Selatan sebagai sasaran utama.

Kedua-dua warga Malaysia yang dikenali sebagai Wong Ong Hua dan Ling Yang Ching serta merupakan ahli perniagaan telah ditahan.

Jelas DoJ, dua penggodam berkenaan, Zhang Haoran dan Tan Dailin didakwa menjual sumber bahan permainan yang digodam dalam pasaran gelap menerusi laman web haram mereka. Sekurang-kurangnya sembilan firma permainan video terbabit dalam serangan penggodaman itu.

Tiga lagi penggodam terbabit menyasarkan pembangun perisian, pembuat komputer, syarikat media sosial dan sebagainya. Mereka melakukan jenayah seperti mencuri identiti orang lain dan pengubahan wang haram sehingga menjejaskan lebih 100 syarikat.

Dilaporkan, penggodam itu yang dikenali sebagai Jiang Lizhi, Qian Chuan dan Fu Qiang bekerja sebagai pengurus kanan di sebuah syarikat keselamatan rangkaian China. Syarikat tersebut mempunyai beberapa cawangan di dunia, bukan sahaja di AS malahan di Australia, Brazil, Chile, India, Jepun dan Singapura.

Tambah kenyataan DoJ, Microsoft, Google, Facebook dan Verizon dilaporkan membantu siasatan berhubung serangan penggodaman itu.

Timbalan Peguam Negara AS, Jeffrey Rosen mengecam China yang membiarkan serangan sedemikian terjadi.

 

Anda mungkin juga berminat