AS Belanja AS$6.6 Bilion Demi Kesihatan Rakyat

193

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani dua arahan eksekutif berkaitan penjagaan kesihatan sebanyak kira-kira AS$6.6 bilion bagi menggantikan Akta Penjagaan Mampu Milik atau Obamacare.

Trump menandatangani arahan tersebut ketika menghadiri sebuah majlis membabitkan golongan kesihatan profesional di Charlotte, California Utara.

“Di bawah pelan ‘America First Healthcare Plan’, 33 juta orang penerima tidak lama lagi akan menerima kad bernilai AS$200 yang mereka boleh gunakan untuk membeli ubat-ubatan,” ujar Trump.

Jun lalu, Trump mendesak Mahkamah Tinggi AS untuk membatalkan undang-undang Obamacare yang membantu jutaan orang memiliki insurans kesihatan.

Akta terbabit yang diluluskan pada 2010, menghalang syarikat insurans daripada tidak membenarkan individu yang mempunyai masalah kesihatan memiliki insurans.

Pada masa yang sama, pentadbiran Trump turut melaksanakan undang-undang baharu yang membenarkan negeri-negeri dan wilayah AS untuk mengimport ubat-ubatan berkos rendah dari Kanada.

Tambah Trump, beliau menjangkakan harga ubat-ubatan akan berlaku akan menurun lagi pada masa akan datang.

Menurut Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Alex Azar, salah satu arahan eksekutif itu disasarkan bagi memastikan rakyat Amerika yang mempunyai penyakit terus mendapatkan perlindungan penjagaan kesihatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat