AS Bincang Apa Dengan Rusia, China?

261

Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan perlumbaan senjata yang mahal, mengurangkan peranan senjata nuklear dan mengadakan rundingan kawalan senjata bersama Rusia serta China.

Bernama melaporkan, perkara itu diumumkan oleh White House dalam panduan sementara keselamatan negara yang baharu.

“Kami akan menghentikan perlumbaan senjata yang mahal dan membina semula kredibiliti kami sebagai pemimpin dalam kawalan senjata.

“Disebabkan itu, kami bergerak pantas untuk melanjutkan Perjanjian New START dengan Rusia. Kita juga akan meneruskan pengaturan kawalan senjata baharu,” menurut panduan tersebut yang dikeluarkan semalam.

Tambah panduan berkenaan, AS akan mengadakan dialog dengan Rusia dan China berhubung pelbagai perkembangan teknologi ketenteraan yang memberi kesan kepada kestabilan strategik.

Selain itu, AS akan memastikan strategi pencegahan yang aman, selamat dan efektif.

White House turut berikrar untuk mengekalkan komitmen pencegahan yang kukuh dan boleh dipercayai terhadap sekutunya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat