AS-China Gaduh Semula, Harga Minyak Tanggung Akibat

373

Dagangan komoditi hitam kembali meraih peningkatan pada Khamis walaupun selepas inventori minyak mentah AS merekodkan peningkatan ketara pada minggu lalu.

Data yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) menunjukkan bekalan minyak mentah tanpa dijangka meningkat sebanyak 4.9 juta tong pada minggu lalu daripada penurunan 7.5 juta tong pada minggu sebelumnya.

Namun begitu, dagangan minyak mentah mengabaikan bacaan yang mengecewakan itu dengan mencatatkan peningkatan pada sesi pasaran hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 19 sen kepada $44.48, manakala WTI Amerika Syarikat pula naik 20 sen kepada $42.10 setong.

Kedua-dua penanda aras tersebut mengalami kejatuhan pada Rabu, ekoran data daripada Institusi Petroleum Amerika (API) menunjukkan lonjakan dalam inventori AS pada minggu lepas.

EIA merupakan sebuah agensi kerajaan, manakala API pula adalah persatuan perdagangan. Kedua-duanya memberikan laporan mengenai inventori minyak mentah AS secara mingguan. Laporan inventori minyak mentah adalah petunjuk kepada penawaran dan permintaan yang akan mempengaruhi harga.

Dalam pada itu, ketegangan antara AS dan China yang semakin meningkat dilihat membataskan kenaikan bagi dagangan komoditi hitam itu, lebih-lebih lagi setelah Beijing membalas tindakan Washington yang mengarahkan penutupan pejabat konsulatnya di Houston.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat