AS dan China Beri Isyarat Positif, Tiga Fasa Perjanjian Perdagangan Diperlukan?

276

Pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS) dan China sekali lagi memberikan isyarat positif berhubung usaha mereka dalam memuktamadkan perjanjian perdagangan fasa pertama, dan pegawai AS memberitahu perjanjian tersebut akan ditandatangani dalam bulan ini.

Naib Perdana Menteri China Liu He pada hari Jumaat bercakap melalui telefon dengan Wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dengan panggilan kedua-dua pihak digambarkan sebagai ‘konstruktif’.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump turut memberitahu beliau akan bertemu dengan rakan sejawatnya, Presiden China Xi Jinping di sebuah lokasi dalam AS yang berkemungkinan bertempat di negeri pertanian Iowa untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Trump menyatakan rundingan berjalan dengan lancar tetapi menegaskan berulang kali bahawa beliau tidak mahu memberikan butiran lebih lanjut sehingga perjanjian tersebut dimuktamadkan.

Selain itu, Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR) positif bahawa para perunding telah membuat kemajuan dalam pelbagai bidang dan sedang dalam proses menyelesaikan masalah yang belum selesai.

Larry Kudlow iaitu penasihat ekonomi White House memuji langkah yang dibuat dalam perjanjian tersebut dengan menyatakan walaupun ia masih belum lengkap, mereka telah membuat kemajuan yang besar.

Buat masa ini, Kudlow berkata tarif yang ditetapkan pada 15 Disember akan kekal diteruskan  manakala keputusan mengenai sama ada untuk membatalkannya akan diputuskan oleh Trump.

Di tengah-tengah rundingan ini, penasihat perdagangan AS Peter Navarro memberitahu dua lagi fasa tambahan diperlukan dalam perjanjian dengan negara itu untuk menangani semua kesalahan yang dilakukan oleh China.

Beliau turut berkata bahawa perjanjian tersebut merupakan satu mekanisme penguatkuasaan yang membolehkan AS mengenakan tarif untuk sebarang pelanggaran perjanjian, tanpa takut akan tindakan balas oleh Beijing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat