AS Dan EU Capai Kesepakatan Selepas 17 Tahun Pertikaian

193

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menangguhkan tarif ke atas berbilion barangan satu sama lain, sekali gus meredakan pertikaian transatlantik yang telah dialami selama 17 tahun mengenai isu subsidi kerajaan kepada Boeing Co dan Airbus SE.

Persetujuan terhadap penangguhan selama empat bulan itu dibuat oleh Presiden AS Joe Biden dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen melalui satu panggilan telefon pada hari Jumaat lalu.

Keputusan itu melibatkan penghapusan sementara tarif yang dikenakan ke atas produk benilai $11.5 bilion, termasuk levi 25% AS yang dikenakan terhadap produk Eropah yang diimport sebanyak $7.5 bilion, termasuk wain, wiski dan makanan seperti keju dan zaitun, serta pesawat.

Sebagai pertukaran, EU akan menaikkan duti produk AS bernilai $4 bilion, termasuk wain, beg pakaian dan produk termasuk kacang dan ceri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan White House, Biden menegaskan kepada von der Leyen mengenai komitmennya untuk memperbaiki dan menghidupkan semula perkongsian antara kedua-dua pihak.

Tambah White House lagi, para pemimpin setuju untuk menangguhkan tarif yang berkaitan dengan pertikaian Pesawat Dunia Perdagangan Organisasi (WTO) selamat empat bulan bagi memberi ruang untuk menyelesaikan perselisihan jangka panjang ini di WTO.

Von der Leyen memuji keputusan itu sebagai permulaan baru bagi hubungan transatlantik, dengan mengatakan ia adalah berita baik untuk perniagaan dan industri, serta ia juga dilihat sebagai isyarat positif untuk kerjasama ekonomi kedua-dua belah pihak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat