AS Dolar Menguat Disamping Nada Yang Dovish Daripada Bank of Japan Hari Ini.

448

Walaupun sedikit merosot pada dagangan permulaan pasaran Eropah hari ini, tetapi matawang USD masih menjadi permintaan yang tinggi, disokong oleh pandangan pelabur terhadap ekonomi Amerika Syarikat yang positif.

Sementara itu, Pound diniagakan pada paras terendah dalam tempoh 10 minggu selepas pasaran berpendapat tiada tanda kemajuan dalam usaha Perdana Menteri Theresa May untuk meyakinkan Parlimen untuk menyokong perjanjian Brexitnya.

Selain Pound, Euro juga berlegar rendah sekitar paras terendah hampir 2 tahun berbanding Dolar selepas tinjauan perniagaan dari Jerman dan Perancis menambah kesengsaraan ke atas ekonomi zon Eropah.

Berbalik kepada sesi dagangan Asia hari ini, Bank of Japan sekali lagi mengekalkan kadar faedahnya pada paras -0.1% untuk mesyuarat April dan mengekalkan sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun padar kadar 0%. BoJ juga menambah, ia akan bertahan daripada kenaikan kadar faedah sekurang-kurangnya satu tahun lagi.

Secara keseluruhannya, pasaran Eropah hari ini didagangkan dalam suasana yang kurang baik ekoran laporan pendapatan yang mengecewakan daripada Swedbank dan Barclays.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat