AS ISM Sektor Perkhidmatan Susut, Indeks Pekerjaan Semakin Perlahan

43

Aktiviti dalam sektor perkhidmatan Amerika Syarikat jatuh lebih banyak dari jangkaan, pada Mac, walaupun masih merekodkan pertumbuhan dalam 87 bulan berturut-turut dalam data yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam laporan tersebut, Institute Supply Management (ISM) menyatakan indeks PMI sektor perkhidmatan jatuh kepada 55.2 pada Mac dari 57.6 sebelum ini. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah 57.0.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

Aktiviti perniagaan jatuh kepada 58.9 pada Mac berbanding 63.6 yang direkodkan pada Februari. Indeks tempahan baru pula susut kepada 58.9 dari 61.2 sebelum ini.

Indeks pekerjaan turut jatuh kepada 51.6 dari 55.2. Manakala indeks harga jatuh kepada 53.5 dari 57.7.

ISM mengatakan majoriti responden memberi komen positif terhadap keadaan perniagaan dan kesuluruhan ekonomi.

“Ada juga komen responden tentang ketidaktentuan polisi kerajaan di masa depan, perdagangan dan imigrasi dan juga potensi perkara ini memberi impak kepada perniagaan,” tambahnya.

Dengan data yang lemah dalam komponen pekerjaan akan memberikan ketidaktentuan dalam data NFP pada Jumaat walaupun data ADP sebentar tadi begitu positif.

Selepas data dikeluarkan, Eur/Usd masih lagi didagang disekitar 1.0659 sama seperti sebelum data dilaporkan. Gbp/Usd pula dilihat menguat ketika ini. Manakala Usd/Jpy melemah selepas 20 minit data dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat