AS Kenakan Tarif Terhadap Eropah, Isu Perang Dagang Makin Hangat!

431

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memberi kelulusan kepada Amerika Syarikat (AS)untuk mengenakan tarif ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) termasuk pesawat udara dan produk pertanian yang bernilai $7.5 bilion setiap tahun.

Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR) mengeluarkan senarai ratusan produk Eropah yang dikenakan tarif baru termasuk 10% tarif pada pesawat dari Eropah, 25% duti ke atas wain Perancis, wiski Scotch dan Ireland, kopi dari Jerman dan keju dari seluruh negara di benua itu sebagai tindak balas terhadap subsidi haram pesawat EU.

Saiz dan skop tarif dikurangkan daripada senarai $25 bilion yang diapungkan oleh AS awal tahun ini iaitu helikopter, komponen pesawat utama, makanan laut, barangan mewah serta barangan lain tidak termasuk dalam senarai yang dikenakan tarif.

USTR dilihat sengaja untuk tidak menggunakan sepenuhnya kuasa diluluskan oleh WTO kerana mahu membawa EU ke meja rundingan dan ia disokong oleh kenyataan USTR yang manyatakan AS mempunyai kuasa untuk menaikkan tarif pada bila-bila masa sahaja dan mereka akan menilai semula tarif ini berdasarkan perbincangan dengan EU.

Selepas 15 tahun, WTO mengesahkan AS berhak mengenakan tindak balas berhubung subsidi haram EU. Berikutan itu, rundingan dijangka akan diadakan dengan EU bertujuan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang akan memberi manfaat kepada pekerja AS, menurut Perwakilan Perdagangan AS.

Berita mengenai konflik perdagangan itu menyebabkan indeks saham utama AS susut lebih 1.5% di tengah-tengah kekhuatiran terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Ini menambahkan lagi kebimbangan pelabur terhadap kesan perang perdagangan yang semakin berlanjutan ke atas pertumbuhan global dan keupayaannya untuk menarik AS jatuh ke lembah kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat