AS, Korea Selatan & Jepun Jalankan Latihan Ketenteraan Ekoran Ancaman Korea Utara!

315

Bertindak balas kepada ancaman peluru berpandu Korea Utara yang semakin meningkat, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun mengadakan latihan pertahanan peluru berpandu tiga hala di Laut Timur pada hari Isnin.

Tentera Laut Korea Selatan mengatakan ia adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan bertindak balas dengan lebih baik terhadap ancaman dari Pyongyang.

Ketegangan semakin memuncak dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan peningkatan aktiviti ketenteraan oleh Korea Utara sehingga mencetuskan amaran buat Jepun susulan ujian peluru berpandu balistiknya.

Latihan itu menghimpunkan pemusnah Aegis Korea Selatan seberat 7,600 tan Yulgok Yi I, pemusnah peluru berpandu AS Benfold, dan pemusnah Atago Jepun, juga dilengkapi dengan sistem radar Aegis.

Usaha itu memberi tumpuan kepada menguasai prosedur tindak balas, termasuk pengesanan, penjejakan dan perkongsian maklumat dengan mencipta sasaran maya dalam senario yang memaparkan peluru berpandu balistik Korea Selatan.

Terdahulu, ketiga-tiga negara itu telah berjanji untuk mengadakan latihan pertahanan peluru berpandu dan anti-kapal selam secara berkala dalam usaha meningkatkan kerjasama diplomatik dan ketenteraan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat