AS Ni Suka Memandai-mandai!

756

Misi AS di Geneva mendesak ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini untuk mengundang Taiwan ke pertemuan besar organisasi berkenaan minggu depan yang dikhabarkan akan memberi tumpuan kepada pandemik Covid-19.

Menurut AS, mereka mendorong WHO untuk memperluas usaha untuk menawarkan Taiwan jaringan kerjasama yang bersesuaian dengan situasi terkini.

Sebelum ini, Washington telah mengkritik WHO dan ketua mereka iaitu Tedros dalam menangani penularan wabak itu serta mendakwa mereka menyebelahi China, dan merancang untuk menarik diri.

Hakikatnya, Taiwan yang menerima sokongan Amerika Syarikat didakwa telah mempamerkan minat mereka untuk mengambil bahagian dalam pertemuan WHO sebagai pemerhati. Hal yang demikian telah mengundang kemarahan China, yang mendakwa pulau yang dikendalikan secara demokratik itu sebagai wilayahnya sendiri.

Selain itu, Taiwan, yang dipuji di peringkat antarabangsa kerana dengan berjaya membendung penularan coronavirus, tidak diundang ke pertemuan sebelum ini oleh badan yang sama pada bulan Mei.

Manakala WHO sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai mandat untuk mengundang Taiwan kerana negara anggota tidak bersetuju dengan penyertaan pulau itu.

Untuk pengetahuan semua, mesyuarat maya yang terdiri dari 194 negara anggota ditetapkan untuk memberi tumpuan kepada pandemik Covid-19 dan masalah kesihatan yang berkaitan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat