AS Paranoid! Sekat Bitcoin (BTC) Di El Salvador Dengan Akta Terbaharu!

707

El Salvador diserang lagi, kali ini oleh barisan senator Amerika Syarikat (AS) yang terdiri daripada parti Demokratik – Jim Risch, Bill Cassidy, dan Republik – Bob Menendez.

Melalui usaha tiga figura ini, sebuah akta baharu – ‘Accountability for Cryptocurrency in El Salvador Act (ACES)’ telah dibentangkan bagi tujuan untuk mengatasi sebarang risiko berkaitan Bitcoin (BTC) terhadap sistem kewangan AS:

“Mengangkat Bitcoin sebagai mata wang rasmi telah membuka ruang terhadap berlakunya kartel penggubahan wang haram, dan menjejaskan kepentingan AS.”

Jika rang undang-undang ini diluluskan, agensi-agensi Persekutuan mendapat tempoh masa 60 hari untuk mengemukakan laporan penggunaan Bitcoin di El Salvador:

  • Bagaimana negara itu menghasilkan dan melaksanakan Bitcoin Law.
  • Bagaimana El Salvador kurangkan integriti kewangan dan risiko keselamatan siber daripada aset maya.
  • Bagaimana ia memastikan sama ada aset tersebut memenuhi keperluan Financial Action Task Force (FATF).
  • Bagaimana untuk kenalpasti kesan aset ini terhadap individu dan perniagaan, serta ekonomi negara.

Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut juga perlu menfokuskan kepada:

  • Infrastruktur internet El Salvador dan menilai sejauh mana bitcoin digunakan di negara tersebut.
  • Penilaian terhadap penjagaan dana dan potensinya untuk digodam.
  • Kadar pengaksesan kewangan yang dinikmati oleh penduduk El Salvador, meliputi golongan miskin dan tidak memiliki akaun perbankan.

Reaksi presiden El Salvador

Pada 17 Februari, Nayib Bukele ada memuat twit berbaur kritikan terhadap akta yang diperkenalkan senator AS.

Menurutnya pihak penguatkuasaan tidak layak untuk mencampuri urusan negaranya, dan menggesa untuk tidak mengawal keputusan yang dilakukan:

“OK boomers. Anda tidak memiliki sebarang bidangkuasa terhadap negara ini dan kami bukan berada dalam tanah jajahan anda. Berhenti pedulikan urusan kami. Jangan kawal sesuatu yang anda tidak boleh kawal.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat