AS Perkenalkan Kit Ujian Saringan COVID-19 Berserta Keputusan Hanya Di Rumah!

305

Rakyat Amerika Syarikat (AS) selepas ini dah tidak perlu bersusah-payah ke pusat kesihatan untuk menjalani uji saringan COVID-19 kerana US Food and Drug Administration (USFDA) memperkenalkan kit ujian kendiri yang boleh dilakukan di rumah.

Lucira COVID-19 All-In-One Test Kit merupakan kit ujian molekular kendiri tersedia bersama preskripsi dan dijamin akan membawa keputusan dalam masa 30 minit sahaja.

Kit ujian molekular itu dapat mengenal pasti jangkitan COVID-19 dengan kehadiran genetik koronavirus melalui sampel swab hidung.

Mereka yang digalakkan untuk menggunakan kit ujian kendiri ini adalah dari golongan berusia 14 tahun dan ke atas. Manakala ujian ke atas golongan berusia bawah 13 tahun perlu dijalankan oleh pihak kesihatan.

Lucira Health menerusi laman web mereka memberitahu harga pasaran kit tersebut kurang daripada $50 (RM200).

Sebelum ini juga wujud kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan oleh USFDA pada akhir April dan Mei. Tetapi kedua-duanya menuntut sampel yang dikumpul dihantar ke makmal untuk diproses.

Ini berbeza dengan produk Lucira Health kerana penggunanya boleh mendapatkan sendiri keputusan di rumah tanpa penglibatan pihak makmal.

Bagaimanapun, pihak penyelidik tidak merancang untuk menggunakan kit ujian tersebut bagi saringan populasi berskala besar.

Sehingga semalam, kes aktif COVID-19 seluruh dunia menelan angka hampir 15.5 juta jangkitan dengan 1.3 juta kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat