AS Terpaksa Catu Duit Untuk Lancarkan Pakej Rangsangan Baru?

263

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin pada Khamis, memberitahu bahawa $380 bilion baki daripada pakej rangsangan sebelum ini boleh digunakan untuk membantu isi rumah dan perniagaan jika ahli parlimen meluluskannya.

Bagaimanapun, nilai ini jauh lebih rendah daripada $500 bilion atau $1 trilion yang diharapkan oleh ahli ekonomi terhadap rangsangan fiskal baru untuk membantu pemulihan.

Lebihan wang yang juga merupakan sebahagian daripada pakej bantuan $2.3 trilion dikatakan dapat membantu perniagaan dan orang yang kehilangan pekerjaan atau rumah ketika dilanda krisis pandemik Covid-19.

Mnuchin yang memberi keterangan di Capitol Hill memberitahu jawatankuasa Perbankan Senat bahawa Kongres AS perlu memberi kebenaran mereka untuk menggunakan wang tersebut.

Tambah beliau lagi, Perbendaharaan masih mempunyai $200 bilion dana yang diperuntukkan untuk menghentikan program kecemasan yang dilancarkan oleh bank pusat masih belum digunakan.

Sementara itu, terdapat kira-kira $130 bilion yang tersisa daripada Program Perlindungan Gaji yang telah tamat, dan dengan wang ini ia dapat membantu perniagaan kecil.

Sebagai tambahan, Powell mengatakan sebahagian besar $75 bilion yang diperuntukkan untuk menghentikan program Fed;s Main Street Lending masih belum digunakan.

Tumpuan untuk mengumpul semula dana yang belum digunakan atau masih tersisa hadir ketika Kongres masih menemui jalan buntu untuk meluluskan pakej rangsangan baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat