Asas Kripto: Apa Itu Maker (MKR) & Kaitannya Dengan Stablecoin DAI?

842

Sejak daripada minggu lepas, Maker (MKR) menarik perhatian Team Intraday lagi-lagi ia bereaksi luar biasa susulan daripada keruntuhan Terra (LUNA) dan TerraUSD (UST).

Apa kata luangkan masa bersama penulis ‘membedah’ potensi token ini.

Tapi sebelum itu, jangan bergantung kepada pembacaan ini semata-mata tetapi rajinkanlah diri untuk membuat kajian luar – #DYOR ya!

Sebelum mengenali MKR, kenali dulu MakerDAO dan Maker Protocol.

Trivia Protokol Maker & MakerDAO

  • Protokol Maker merupakan salah satu aplikasi desentralisasi (dApps) terbesar di rangkaian Ethereum
  • Dikenali juga sebagai sebuah sistem Dai Serba Kolateral (Multi-Collateral Dai, MCD)
    • MCD – membenarkan pengguna menghasilkan DAI dengan laverajkan aset kolateral yang disahkan oleh MakerDAO
  • MakerDAO merupakan organisasi autonomi desentralisasi (DAO)
  • Memiliki 2 token natif:
    • MKR
    • DAI
  • Komunitinya terdiri daripada pemegang MKR seluruh dunia
  • Mereka inilah yang menentukan arah tuju dan kestabilan DAI, termasuk sistem Maker

Trivia Maker (MKR)

  • Merupakan standard token ERC-20
  • Memiliki had bekalan sehingga 1 juta MKR
  • MKR digunakan untuk membayar kos transaksi di sistem Maker dan menjamin kemampanan seluruh sistemnya.
  • Keunikan token ini adalah ia tidak dilombong seperti kebanyakkan koin
  • Penghasilan dan penghapusan MKR bergantung kepada ketidaktentuan harga DAI demi memastikan ia sentiasa terikat dengan dolar AS

Trivia DAI

  • Merupakan aset stablecoin
  • Mengikut standard token ERC-20, bermakna ia juga berfungsi di Ethereum sama seperti MKR
  • Terikat dengan dolar AS, 1 DAI = $1
  • Tidak dikawal oleh sesiapa seperti USDT

Bagaimana MKR dan DAI saling melengkapi antara satu sama lain?

Sebenarnya DAI tidaklah bersandarkan kepada dolar AS secara langsung, sama seperti kebanyakan stablecoin seperti USDT dan USDC.

Tetapi ia disokong oleh aset kripto lain yang terkunci dalam protokol Maker sebagai cagaran.

Ini bermakna, penghasilan DAI bergantung kepada jumlah aset kripto lain yang dimasukkan ke dalam Maker Vault melalui protokol Maker, dan lebihan kolateral mencerminkan DAI yang berada dalam pasaran.

Misalnya pelabur memasukkan ETH ke dalam Maker Vault untuk hasilkan sejumlah DAI terus ke dalam pasaran (kebiasaannya jumlah kolateral lebih tinggi berbanding jumlah DAI di dalam pasaran).

Susulan daripada itu, pelabur boleh membeli, menjual, atau menggunakan token ini sebagaimana lazimnya ia berfungsi.

Malah, DAI juga boleh dijadikan sebagai simpanan dengan kehadiran ciri protokol Maker, Dai Savings Rate (DSR).

Manakala MKR digunakan untuk kekalkan sistem yang diterapkan, selain menstabilkan harga DAI.

Jika harga DAI susut di bawah $1, MKR akan dihasilkan dan jika sebaliknya berlaku, MKR akan dibakar.

MKR terus relevan

Penggunaan sistem Maker terus dilihat masih relevan sehingga ke hari ini, lagi-lagi apabila MKR digunakan untuk pembayaran pengeksportan daging.

Malah, pengenalan sistem MCD pada 2019 membolehkan mana-mana token mengikut standard ERC-20 yang disahkan MakerDAO dijadikan aset kolateral untuk penghasilan DAI.

Setakat hari ini, Maker mencatatkan jumlah nilai terkunci (TVL) tertinggi, $10.56 bilion, mengatasi Lido (LDO), Curve (CRV), dan Aave (AAVE).

Namun pelabur harus berhati-hati kerana DAI bersandarkan kepada aset kripto yang dicagarkan; bermakna ia juga boleh terkesan dengan nilai aset kripto yang terlibat.

Apa-apa pun, pastikan anda kaji dahulu konsep sistem Maker sebelum membuat pelaburan! #DYOR

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat