Asas Kripto: Hot Wallet VS Cold Wallet

1,523

Istilah ‘wallet’ dalam kripto adalah merujuk kepada tempat penyimpanan sesuatu mata wang kripto. Dalam wallet tersebut mengandungi public key (wallet address) iaitu alamat dalam format alfanumerik untuk mengirim atau menerima mata wang kripto kepada pengguna lain dan privata keys (kunci peribadi) untuk berfungsi sebagai kata laluan (password) yang dapat memberikan akses kepada pemilik wallet itu sendiri.

Terdapat dua jenis perbezaan wallet yang perlu diketahui iaitu hot wallet dan cold wallet.

Hot wallet merupakan wallet penyimpanan mata wang kripto yang tidak mempunyai bentuk fizikal, tetapi bersifat digital. Oleh itu, hot wallet mudah digunakan kerana hanya perlukan rangkaian internet sahaja untuk membuat transaksi mata wang kripto.

Walaupun hot wallet mudah digunakan, tetapi ia lebih berisiko menjadi sasaran penggodam kerana mudah diakses secara online. Selain itu, kebanyakan hot wallet disediakan secara percuma, namun ada juga yang berbayar.

Kemudahan dalam proses transaksi mata wang kripto ke platform exchanger untuk trading atau menukar menjadi mata wang fiat juga adalah satu sebab hot wallet disukai ramai.

Cold wallet pula merupakan wallet fizikal berbentuk seperti USB drive yang membolehkan penyimpanan mata wang kripto secara offline.

Cold wallet mempunyai kelebihan dalam aspek keselamatan kerana tidak terdedah dengan serangan penggodaman dan mudah disimpan pada tempat yang dipercayai. Namun, kos cold wallet lebih mahal untuk pengguna membelinya berbanding hot wallet yang lebih menjimatkan kos.

Cold wallet mempunyai penggunaan yang lebih rumit kerana memerlukan peranti seperti komputer untuk memindahkan sejumlah mata wang kripto dalam cold wallet ke hot wallet terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat