Asas Kripto: Kronologi Sejarah Permulaan Era NFT

1,858

Tak kenal mata tak cinta gitteewww!

Sirah kehadiran non-fungible token (NFT) sangat panjang, mungkin boleh dikatakan bermula sejak 1649 ketika perkataan “fungible disebut oleh seorang diplomat dikenali sebagai Anthony Ascham.

Kemudian pada 2017, Dieter Shirley, pengasas Dapper Labs dan pencipta CryptoKitties telah mempopularkan penggunaan perkataan “non-fungible token, sinonim sebagai NFT seperti yang disebut-sebut ketika ini.

Di bawah merupakan kronologi ringkas, evolusi NFT dari sebuah token biasa kepada aset pemilikan digital yang menggamit kehangatan global sehingga meningkatkan permintaan serta nilainya.

2012-2013: Colored Coins                                    

  • Dianggap sebagai NFT pertama.
  • Token yang mewakili aset dunia sebenar termasuk:
    • Hartanah
    • Kupon
    • Penghasilan saham
    • Langganan
    • Pengaksesan token
    • Penghasilan matawang kripto dan koleksi digital
  • Dilancarkan pada blockchain Bitcoin.

2014: Counterparty

  • Ramai sudah menyedari kelebihan melancarkan aset di blockchain.
  • Robert Dermody, Adam Krellenstein, dan Evan Wagner bangunkan sebuah platform kewangan peer-to-peer (P2P) diedarkan yang dikenali sebagai Counterparty.
  • Kewujudan platform ini membolehkan penghasilan aset memiliki bursa desentralisasi (DEX).
  • Platform ini memiliki banyak projek dan aset, termasuk kad permainan perdagangan dan jual beli meme tanpa isu ciplak.
  • Pada tahun ini juga NFT pertama – ‘Quantum’ telah dihasilkan, oleh Kevin McCoy.

  • Quantum kemudiannya terjual pada 28 November 2021 pada tanda harga, $1.4 juta (RM5.9 juta)!

2015: Spells of Genesis

  • Counterparty bekerjasama dengan pembangun permainan Spells of Genesis.
  • Pengasas Spells of Genesis merupakan perintis kepada penubuhan matawang dalam permainan di blockchain menerusi Counterparty.
  • Mereka juga antara yang pertama memperkenalkan penawaran koin awalan (initial coin offering, ICO).
  • Sebagai rekod, mereka juga membantu perkembangan Counterparty dengan memperkenalkan matawang dalam permainan: BitCrystals.
  • Tahun ini juga rangkaian Ethereum mula bersiaran, membawa kepada era baharu NFT.

2016: Rare Pepes dan Trading Card

  • Ogos
    • Counterparty bekerjasama dengan permainan kad trading, Force of Will untuk lancarkan kad-kad tersebut di platform itu.
    • Force of Will pada ketika itu berada di kedudukan ke-4 selepas Pokemon, Yu-Gi-Oh, dan Magic: The Gathering.
  • Oktober
    • Bermulalah era kemasukan meme ke dalam teknologi blockchain.
    • Meme juga turut hadir di platform Counterparty sebagai aset,
    • Meme pertama: Rare Pepes, sejenis meme berwatak katak.

  • Rare Pepes kemudiannya mula dijual beli pada awal 2017 sehingga mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran Rare Pepe Meme Directory untuk memaparkan keunikkan meme tersebut.
  • CryptoArt kemudiannya muncul bersama Rare Pepe Wallet.
  • Inilah kali pertama pencipta seluruh dunia boleh menghantar dan menjual hasil seni mereka.
  • Ini juga kali pertama seni digital memiliki nilai intrinsik.

2017-2018: Cryptopunks dan CryptoKitties

  • Pengasas Larva Labs, John Watkinson dan Matt Hall telah lancarkan projek NFT di Ethereum, dikenali sebagai Cryptopunks.
  • Cryptopunks dihasilkan berdasarkan standard token ERC-20, terhad sebanyak 10,000 keping dan tiada karakter yang dihasilkan sama.
  • Sebenarnya ERC-20 bukanlah sesuai untuk hasilkan NFT. Sebaliknya ERC-721 lebih sesuai kerana pemilikan dan pergerakan token tersebut boleh dijejak melalui satu kontrak pintar.
  • Muncul pula permainan maya berasaskan blockchain, CryptoKitties yang bersandarkan pada ERC-721.
  •  CryptoKitties mendapat sambutan media dan kemudian dimiliki oleh Dapper Labs.
  • Ketika inilah orang menyedari bahawa NFT memiliki ‘kuasa’ atau tarikan yang luar biasa dan unik.

Patutlah CryptoPunks mahal ketika NFT sedang menggila. Sebab harganya pun bermula pada nilai yang murah pada 2017 sebelum meningkat menjadi ribuan dolar!

2018-2020: Permainan NFT

  • Bermula pula era permainan berasaskan blockchain (juga dikenali sebagai permainan kripto/NFT) dan metaverse.
  • Pasaran NFT semakin berkembang dengan kehadiran OpenSea dan SuperRare.
  • Kewujudan wallet Web3 seperti Metamask memudahkan lagi perdagangan NFT.
  • Dapper Labs lancarkan wallet Dapper yang tidak memerlukan pembayaran kos gas.
  • Projek desentralisasi pertama yang menyertai ruang metaverse: Decentraland (MANA) sebagai platform realiti maya (VR) berasaskan Ethereum.
  • Muncul pula platform berasaskan blockchain yang membolehkan pembangun untuk menokenkan item dalam permainan kripto: Enjin (ENJ).
  • Melalui penggunaan token ENJ, item maya memiliki nilai yang sama di dunia sebenar.
  • Axie Infinity (AXS) juga mula dilancarkan.

2021: Ledakan NFT

  • Banyak blockchains: Cardano, Solana, Tezos, Portion, dan Flow mula mencebur dalam sektor NFT melalui perlaksanaan standard baharu yang memastikan aset digital yang diwakili benar-benar asli.
  • Selepas pengumuman Facebook yang beralih kepada Meta telah mendorong minat terhadap koin-koin NFT ke paras yang luar biasa, turut memberi impak kepada projek kripto yang berkaitan dengan metaverse.

Salasilah NFT di bawah payung kripto ini panjang kan?

Jika anda bertanya tentang bagaimana masa depan NFT ini, adakah boleh bertahan untuk jangka masa yang lama dan berbaloi?

Sudah tentu ramai yang setuju! Seperti mana orang zaman dahulu tidak percayakan dengan internet, begitu juga NFT yang akhirnya menjadi satu ‘keperluan’.

Nak atau tidak, anda pasti akan lalui era ini.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat