ASBN Agihkan Dividen Sebanyak 5.0 sen Seunit, Memuaskan?

2,437

5.0 sen je.

Amanah Saham Nasional Bhd (ASBN) mengumumkan agihan 5.o sen seunit sebagai dividen kepada pemegang Amanah Saham Bumiputra (ASB).

Menurut kenyataan ASBN, pengagihan dividen tersebut sebanyak 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit yang merangkumi jumlah bayaran sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2021.

Tambahnya lagi, mereka berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan yang kompetitif yang mengatasi penanda arasnya pada kadar Deposit Tetap 12 bulan dengan catatan kadar pulangan sebanyak 1.85 peratus.

Setakat ini jumlah agihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB berjumlah RM168.5 bilion sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990.

Dalam pada itu, urus niaga ASB akan ditangguhkan sejak 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 dan dibuka semula pada 3 Januari 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat