Aset Kripto Bernilai $1.59 Bilion Yang Dirompak Korea Utara ‘Lesap’

1,183

‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah bila market-crash.’

Jenayah mencuri aset kripto yang dilakukan Korea Utara selama ini akhirnya terbalas apabila nilai rompakan tersebut merosot akibat kejatuhan pasaran mata wang digital baru-baru ini.

Korea Utara yang merekodkan 15 kejadian kecurian siber terhadap dana kripto berjumlah $1.59 bilion, menyaksikan nilai tersebut menyusut 70% setakat ini.

Rentetan daripada itu, jumlah penggodam (hacker) dari negara tersebut turut mencatat penurunan.

Memetik sumber dari Coinclub.com, Korea Utara dikatakan telah mengerahkan seramai 7,000 hackers sepenuh masa untuk mencuri dana melalui serangan siber, perisian tebusan (ransomware) dan penggodaman protokol kripto.

Selain itu, kejadian kecurian Ronin Network bernilai $600 juta pada April lalu pernah dikaitkan dengan kumpulan ransomware yang terkenal dari Korea Utara, Lazarus.

Dipercayai nilai  Ether (ETH) yang dicuri ketika itu sudah menjunam 60% pada $230 juta dalam pasaran semasa.

Pada sumber berbeza, laporan Chanalysis berkenaan dana kripto sebanyak $170 juta yang dicuri tanpa dicuci (laundering) oleh 49 hackers pada 4 tahun lalu telah menyusut nilainya kepada $63 juta.

Bercakap mengenai isu laundering, aset kripto yang dicuri sejak 2016 tersebut gagal ‘dicuci’ kerana ketelusan teknologi blockchain yang membolehkan exchanger kripto dan penerbit stablecoin membekukan dana yang dicuri.

Satu lagi laporan dari penganalisis kripto CNAS menggariskan bahawa mencuri kripto hanya langkah pertama tetapi mencari broker untuk menukarnya dengan fiat atau Bitcoin (BTC) sering menggagalkan Pyongyang.

Dan kebiasaanya Korea Utara hanya menikmati 1/3 sahaja daripada nilai dana yang dicuri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat