Atasi Apple Dan Samsung, Huawei Kini Nombor 1

533

Tuah berpihak pada Huawei apabila berjaya mengatasi kedudukan Samsung dan Apple untuk kali pertama, menjadi telefon pintar nombor satu dunia bagi suku kedua 2020.

Huawei sebelum ini menerima impak besar terhadap pasaran antarabangsa berikutan daripada sekatan penggunaan peranti tersebut di UK dan Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan rekod, Huawei berada di tempat pertama dengan jumlah pengeluaran sebanyak 55.8 juta peranti, rendah 5% tahun ke tahun. Samsung, tempat kedua mengeluarkan 53.7 juta peranti, rendah 30% berbanding pada 2019 untuk tempoh yang sama.

Walaupun menurut penganalisa pencapaian ini mungkin tidak akan bertahan lama, namun kebangkitan Huawei membuktikan kuasa pengguna China mampu mengalahkan pesaing dari luar.

Sebanyak 70% telefon pintar Huawei terjual di China untuk suku kedua. Manakala, aktiviti eksport mencatatkan penyusutan 27% tahun ke tahun untuk suku April hingga Jun.

Di Eropah, pasaran saham syarikat itu dilihat susut 16% bagi suku kedua berbanding 22% untuk jangka masa yang sama pada 2019.

Penganalisa mendapati Eropah sudah mula berhati-hati dengan kepelbagaian peranti Huawei, menghadkan penggunaan untuk mengurangkan risiko.

Justeru, kedudukan ini dijangka tidak bertahan lama jika Huawei terus bergantung kepada pasaran China terutama apabila ekonomi global pulih sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat