AUD dan NZD Menjunam Menjelang Mesyuarat FOMC!

52

Dollar Australia dan New Zealand bergerak perlahan pada Rabu selepas US Dollar kembali pulih dari kerugian sebelumnya menjelang mesyuarat FOMC.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.20 peratus kepada 0.7571.

AUD/USD, 30 minit

US Dollar telah menjunam pada Selasa berikutan kenyataan dan beberapa keputusan dasar oleh Presiden Donald Trump.

Dalam pertemuan dengan beberapa ketua eksekutif syarikat pembuat ubat pada Selasa, dengan menggesa mereka supaya menambah pengeluaran ubat-ubatan dan menurunkan harga. Beliau juga berjanji untuk mempercepatkan masa bagi meluluskan ubat-ubatan baru.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa Trump sengaja memberi tumpuan kepada nilai matawang kerana ia berkaitrapat dengan hubungan perdagangan.

Larangan imigresen Trump juga dianggap kontroversi apabila beliau melarang kemasukan pelarian dan individu dari tujuh buah negara Islam bagi melindungi Amerika Syarikat.

Tindakan ini telah mencetuskan bantahan meluas di Amerika Syarikat dan pemecatan serta merta kepada Peguan Negara, Sally Yates selepas beliau mengarahkan peguam di Jabatan Keadilan untuk mengabaikan arahan Trump tersebut.

NZD/USD juga dilapor menurun sebanyak 0.48 peratus kepada 0.7277.

NZD/USD, 30 minit

Terdahulu, Jabatan Statistik New Zealand telah memberitahu bahawa bilangan individu yang bekerja telah meningkat sebanyak 0.8 peratus pada suku keempat tahun 2016 sejajar dengan jangkaan peningkatan sebanyak 1.4 peratus dalam tempoh tiga bulan sehingga September.

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada 5.2 peratus pada suku lepas.

Indeks pembuatan China juga menunjukkan penurunan daripada yang dicatat pada bulan Disember.

China merupakan rakan eksport terbesar bagi Australia dan rakan kedua eksport bagi New Zealand.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 99.75, meningkat sebanyak 0.22 peratus berbanding enam matawang utama dunia.

Ini Kenyataan Balas Jepun Terhadap Tuduhan Melampau Donald Trump dan Navarro!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat