AUD Jatuh: Inflasi Australia Kekal Rendah, Data Pembuatan China Meleset

345

Bacaan inflasi Australia yang dikeluarkan pada Rabu meleset daripada jangkaan sekaligus mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah Reserve Bank of Australia (RBA).

Harga pengguna (CPI) hanya mencatat bacaan 0.6% pada suku keempat 2017 yang meleset daripada jangkaan 0.7%. Bacaan tahunan (YoY) pula merekodkan bacaan 1.9% yang juga kurang daripada jangkaan 2.0%.

Bacaan inflasi ini juga telah sembilan kali berturut-turut berada di bawah sasaran RBA (2%-3%).

Paul Dales penganalisis ekonomi di Capital Economics berkata ini menunjukkan kadar faedah akan dikekalkan sepanjang tahun ini.

“Walaupun aktiviti ekonomi semakin baik, kami merasakan RBA tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada tahun ini.”

Seorang lagi penganalisis ekonomi berkata, “laporan inflasi ini menunjukkan tiada kenaikan kadar faedah RBA dalam masa terdekat.”

Dengan inflasi yang meleset daripada jangkaan, jelas RBA dijangka akan terus berhati-hati dan tidak akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat. Kesan kepada pasaran jelas dilihat pada Aussie dollar yang jatuh mendadak selepas data ini dikeluarkan pada Rabu.

Data Indeks PMI China

Pertumbuhan sektor pembuatan China perlahan lebih daripada jangkaan pada Januari. Bacaan merekod paras terendah lapan bulan lalu berikutan pasaran hartanah yang semakin perlahan.

Indeks PMI sektor pembuatan susut ke paras 51.3 pada Januari berbanding bacaan yang dicatat pada Disember iaitu  51.6. Jangkaan bagi data kali ini adalah 51.5.

Dengan data China yang meleset ini, ia menjadi faktor tambahan kepada kejatuhan AUD pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat