AUD/USD Akan Menjunam Lagi Selepas RBA Pertimbang Kadar Faedah Negatif

460

Matawang dolar Australia terus bergerak lemah pada sesi Asia pagi ini dengan sentimen pasaran berisiko kekal memberi tekanan terhadap dagangan matawang komoditi.

Selain itu, menambahkan lagi tekanan buat dolar Aussie apabila ucapan oleh Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Debelle yang mempertimbangkan beberapa cadangan polisi, termasuk campur tangan bank pusat (intervention) dan juga kadar faedah negatif.

Kebimbangan terhadap perubahan polisi monetari RBA ke arah yang lebih dovish akan memberi kesan penyusutan terhadap dolar Aussie.

Sementara itu, matawang US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhan sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Eropah hari ini.

Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD, harga telah menjunam dari paras ketinggian 0.73200 turun semula ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan harian semalam mencatatkan sekitar 120 pips mencecah ke paras support 0.72000 di sesi New York semalam.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga yang bergerak menuju ke paras 0.72400 pada zon SBR (support become resistance) kembali menyambung penurunan namun masih bergelut untuk tembusi support 0.72000.

Penurunan harga di awal sesi Eropah dijangka akan turun lebih rendah di bawah paras 0.71800 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Kenaikan harga pula dilihat akan menguji semula zon SBR 0.72400 untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi. Perubahan trend akan dinilai selepas harga berjaya melepasi paras halangan dinamik MA50.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat