AUD/USD Bakal Turun Lebih Rendah Jika Sentimen Pasaran Kekal Berisiko

963

Dagangan pada minggu ini dimulakan dengan sentimen pasaran yang masih berisiko berikutan jangkaan gelombang coronavirus kedua bakal melanda selepas laporan peningkatan semula kes jangkitan di Beijing.

Dilaporkan beberapa kawasan dan pasar-pasar utama di China mula ditutup semula akibat kebimbangan penularan wabak pandemic setelah hampir 2 bulan negara itu berjaya membendung bencana tersebut.

US dolar sebagai matawang safe-haven bakal bergerak kukuh dalam pasaran sementara dapat dilihat matawang sensitif terhadap risiko seperti dolar Australia mengalami susut nilai.

Turut memberi kesan penurunan terhadap dolar Aussie apabila data ekonomi China yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini memaparkan angka bacaan yang lemah.

Minit mesyuarat bank pusat Australia pada Selasa dan laporan data pekerjaan pada Khamis dijangka akan terus memberi tekanan buat dagangan dolar Aussie.

Pada carta harga pasangan matawang AUD/USD pula, harga dilihat kekal menyambung siri penurunan untuk hari ketiga berturut-turut susulan penurunan pada Khamis minggu lalu.

Pada Jumaat, harga membuat kenaikan dari paras 0.68000 menguji paras 0.69000 pada zon SBR (support become resistance) namun harga gagal melepasi zon tersebut dan juga paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Penurunan diteruskan sehingga bersambung pada permulaan dagangan minggu ini. Harga bergerak mendatar sekitar paras 0.68300 pada sesi Asia sebelum membuat penurunan melepasi paras 0.68000.

Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menuju paras tumpuan pada dagangan sebelum ini sekitar 0.66800 sebelum ke zon RBS 0.66000.

Namun jika kenaikan harga berjaya melepasi halangan MA50, harga bakal menguji semula zon SBR 0.69000 sebelum meneruskan kenaikan ke paras ketinggian minggu lalu sekitar 0.70600.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat