AUD/USD Bergelut Untuk Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi

225

Penyusutan US dolar sehingga ke penghujung minggu telah memberi manfaat terhadap pergerakan mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk dolar Australia.

Namun, mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia sensitif terhadap sentimen pasaran global di mana kebimbangan terhadap peningkatan jangkitan Covid-19 varian Delta menghadkan pengukuhan nilainya.

Seperti yang dapat dilihat pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga mula menunjukkan tanda-tanda untuk membuat kenaikan semula selepas prestasi US dolar yang kian merosot sejak minggu lalu.

Penurunan terendah pada minggu lalu telah mencecah ke paras support 0.73000 sebelum harga sedikit meningkat dah mendatar dalam julat zon harga sekitar 100 pips.

Sehingga setakat dagangan Khamis semalam, harga masih belum berjaya menembusi paras rintangan 0.74000 pada zon SBR (support become resistance).

Harga telah bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal bagi pergerakan trend bullish, namun corak kenaikan yang dipaparkan masih lemah.

Kenaikan harga perlu menembusi zon SBR 0.74000 terlebih dahulu untuk memberi isyarat bullish yang lebih jelas.

Untuk trend bullish, harga dilihat bakal menguji zon 0.74800 sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju zon rintangan seterusnya pada 0.76000.

Sebaliknya jika zon 0.74000 masih kebal untuk ditembusi, berkemungkinan harga boleh jatuh semula menuju ke paras support 0.73000.

Pelabur mungkin sedikit sukar untuk menentukan arah lebih jelas bagi pergerakan harga sekiranya tiada perubahan ketara pada sentimen pasaran semasa.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat