AUD/USD Berpotensi Cecah 100 PIPS Penurunan Harga

589

Matawang komoditi dolar AUD pada dagangan semalam kembali mengalami kejatuhan selepas terkesan daripada perubahan sentimen pasaran yang berisiko. Isu perang antara India dan Pakistan antara yang menjadi tumpuan pasaran semasa dan memperngaruhi sentimen.

Sebaliknya, situasi berisiko dalam pasaran memberi kelebihan kepada USD untuk kembali mengukuhkan dagangannya setelah sebelum ini mengalami kejatuhan ekoran perkembangan positif rundingan dagang AS-China.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga membuat kenaikan dan menguji zon resistance 0.72000 namun gagal melepasi paras tersebut.

Dagangan semalam menyaksikan harga pada AUD/USD membuat penurunan lebih 70 pips melepasi paras Magic Pivot dan support MagicS1 pada indicator Moshed Magic line semalam.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat melonjak menguji paras Magic Pivot 0.7155 hari ini selepas perbelanjaan syarikat persendirian mencatatkan angka yang meningkat.

Lonjakan sekitar 30 pips tersebut kemudiannya kembali menurun melihatkan harga terus ditekan kembali ke paras yang lebih rendah.

Selain itu, dagangan Aussie turut terkesan dengan bacaan data ekonomi di China pagi ini. Data PMI perkilangan China mencatatkan angka yang menurun sekaligus merekodkan penguncupan untuk tiga bulan berturut-turut. Tambahan lagi, penurunan kali ini adalah paling terendah dalam tempoh tiga tahun.

Sentimen semasa dilihat sukar untuk menyokong pengukuhan Aussie buat masa ini, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran.

Jika harga terus membuat penurunan, jangkaan pergerakan harga boleh mencecah sekitar 100 pips ke paras support semasa berhampiran paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, zon resistance di paras 0.72000 bakal diuji semula harga dan pelabur akan memberi tumpuan terhadap reaksi harga pada paras tersebut.

Lihat gambar chart AUD/USD di bawah dan beri tumpuan pada paras-paras yang menjadi tarikan harga. Pantau juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan analisis teknikal anda.

Paras support: 0.7111, 0.7083, 0.7039.

Paras resistance: 0.7182, 0.7226, 0.7254.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat