AUD/USD Catat Penurunan 120 Pips “Flash Crash” Awal Sesi Asia

829

Diperhatikan terdapat beberapa pergerakan “flash crash” harga pada beberapa carta harga bagi pasangan matawang utama termasuk AUD/USD.

US dolar diniagakan lebih kukuh pada dagangan awal minggu ini selepas mengalami penyusutan sepanjang minggu lalu.

Harga pada carta AUD/USD yang bergerak di bawah paras 0.6200 membuat penurunan mendadak sekitar 120 pips sebelum kembali naik semula sebelum bergerak mendatar sekitar 0.6160.

Kenaikan harga buat Aussie disokong oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan China yang diterbitkan sebentar tadi dengan bacaan yang memberangsangkan berada di atas paras 50 mata.

Sebelum ini juga, keyakinan pelabur terhadap Aussie semakin pulih selepas langkah positif diumumkan oleh Australia dalam pelan pelaksanaan suntikan dana bernilai A$130 bilion bagi menangani impak penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Berbanding Euro dan Pound, Aussie masih berjaya mengekalkan pengukuhan yang setara berbanding US dolar untuk dagangan sesi Asia pagi ini.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, kenaikan harga dilihat akan menuju paras tumpuan pada ketinggian 0.6300 menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Namun jika pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan, harga akan ditekan lebih rendah menguji semula paras terendah yang dicecah awal penurunan pagi ini sekitar 0.6070.

Seterusnya penurunan lebih rendah harga dijangka akan menuju paras 0.6000 yang juga merupakan antara paras tumpuan harga pada dagangan Mac.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat