AUD/USD Catat Penurunan Pada Pembukaan Sesi Asia Hari Ini

0 250

Kunjungan Gabenor bank pusat Australia, Philip Lowe di forum kepimpinan ekonomi Australia-Kanada di Melbourne hari ini menjadi tumpuan para pelabur untuk isyarat dasar bank pusat semasa.

Philip Lowe menyatakan unjuran ekonomi Australia semakin menunjukkan peningkatan. Beliau juga ada menyatakan penularan wabak Coronavirus telah memberi impak yang tidak menentu terhadap ekonomi Australia.

Namun ucapan bernada positif oleh Gabenor Lowe gagal mengukuhkan dagangan dolar Australia apabila pasaran sesi Asia hari ini kembali dilanda kebimbangan terhadap risiko Coronavirus semula.

Ini adalah berikutan laporan peningkatan terbesar yang dicatatkan untuk jangkitan kes terbaru sebanyak 1,638 orang. Angka kematian akibat jangkitan virus COVID-19 tersebut kini dilaporkan pada 1,355 korban.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD mencatatkan 30 pips penurunan sebaik sahaja sesi pasaran Asia hari ini dibuka dengan sentimen risk-off pasaran.

Dagangan AUD/USD semalam mencatatkan kenaikan mencecah paras tertinggi harian hampir ke 1.67500 sebelum penurunan dipamerkan pada sesi New York sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini.

Harga dilihat telah turun melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga ke paras sekitar 0.67060 sebelum sedikit kenaikan harga menguji semula MA50.

Momentum penurunan harga yang dikekalkan bakal mendorong harga menuju paras tumpuan pada 0.68850 atau lebih rendah ke zon support di bawah paras 0.66700.

Namun jika harga membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) 0.67400 akan diuji untuk harga lepasi kenaikan lebih tinggi berbanding paras ketinggian harian semalam.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju zon resistance pada 0.67700 yang gagal ditembusi pada kenaikan harga minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Anda mungkin juga berminat