AUD/USD Dah Mula Pamer Corak Bearish Di Awal Minggu

230

Senario yang serupa berlaku pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD ekoran pengukuhan US dolar berbanding kebanyakan mata wang utama pada awal minggu ini sebagai pembuka dagangan 2022.

Harga menjunam 90 pips pada dagangan Isnin semalam selepas berlegar di paras ketinggian yang telah diuji sejak penghujung minggu lalu iaitu zon resistance 0.72800.

Penurunan harga tidak terhenti pada zon RBS (resistance become support) 0.72300 sebelum ini sebaliknya terus ke paras lebih rendah mencecah sekitar 0.71830 sehingga ke penghujung sesi New York.

Pengukuhan US dolar dijangka bakal diteruskan selepas dicetuskan oleh lonjakan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melepasi paras 1.60%.

Dolar Australia gagal menahan momentum pengukuhan US dolar sekaligus mengakhiri corak kenaikan harga sebelum ini.

Namun pada sesi Asia pagi Selasa, harga dilihat kembali membuat kenaikan semula pada carta AUD/USD dengan zon 0.72300 dijangk akan menjadi rintangan sebelum harga menyambung penurunan.

Penurunan yang dijangka diteruskan akan menguji zon 0.71800 sebelum membuat penurunan lebih rendah yang mensasarkan zon tumpuan sekitar 0.71000.

Namun, jika kenaikan harga berjaya tembusi zon 0.72300, maka pelabur akan kembali menjangkakan zon resistance pada 0.72800 akan diuji semula selepas gagal berbuat demikian pada penghujung 2021.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat